Seorang ahli perbankan yang baik mestilah cekap di dalam tiga aspek: penaakulan, matematik dan bahasa. Namun untuk menjadi seorang ahli perbankan yang unggul, anda perlukan kemahiran interpersonal kerana perbankan dan kewangan ialah perniagaan yang berasaskan hubungan.

- Helmi AJ -

Helmi AJ

Helmi telah memperolehi pengalaman lebih 20 tahun dengan menyelesaikan lebih kurang RM200 bilion nilai transaksi untuk setiap langkah projek dari melahirkan idea projek dan pembangunan perniagaan kepada memberi nasihat projek kepada mangaturkan pembiayaan projek. Dia mempunyai ilmu yang merangkumi projek-projek di Malaysia dan luar negara sama ada melalui perkongsian awam swasta ataupun swasta semata-mata, dan di lam pelbagai industri termasuklah lebuhraya, rel, pembangunan bandar dan hartanah, minyak dan gas, loji janakuasa, dan telekomunikasi. Dia telah berkunjung ke 11 negara, iaitu di negeri-negeri Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka, Bangladesh, Namibia, Senegal, Turkiye dan Sepanyol untuk tugasan berkaitan kewangan.

Malaysia

Thailand

Indonesia

Bangladesh

India

Sri Lanka

Singapore

Turkiye

Spain

Senegal

Namibia

Dengan 34j penduduk, sumber asli yang banyak dan pusat pelancongan, Malaysia memerlukan lebih banyak infrastruktur, kawasan perindustrian, rumah dan hartanah komersil, dan tanah pertanian. Pasaran bon tempatannya sebagai peratusan KDNK ialah ketiga terbesar di Asia selepas Jepun dan Korea, dan inilah yang menyokong pembiayaan projek-projek besar. KDNK: USD447b. S&P: A-

Singapura ialah satu-satunya negara bertaraf AAA dan juga hab kewangan di Asia Tenggara. Penduduk berjumlah 5.5j dibantu oleh pekerja asing di kawasan perindustrian seperti perkapalan, di mana kapal-kapal gergasi minyak dan gas dibina. Terdapat juga peluang terhad di dalam industri kemudahan awam. Negara ini tempatnya ibupejabat serantau bagi bank antarabangsa yang menjadikannya penyata imbangan Asia Tenggara. KDNK: USD516b. S&P: AAA
Kebanyakan populasi berjumlah 274j di Indonesia tertumpu di Pulau Jawa dengan 145j penduduk. Di antaranya, penjanaan tenaga elektrik, pengangkutan, lebuhraya, air dan sanitasi memerlukan pelaburan besar. Perumahan mampu milik juga diberikan perhatian. Pembiayaan jangka pendek dan sederhana disediakan oleh sistem perbankan. KDNK: USD1.39t. S&P: BBB
Penduduk berjumlah 72j di Thailand ramai yang terdiri daripada kelas pertengahan. Peluang wujud di dalam infrastruktur, hartanah dan perkilangan. Negara ini mempunyai pasaran kewangan matang yang menyokong pertumbuhan ekonomi.. GDP: USD574b. S&P: BBB+
India ialah negara demokrasi terbesar di dunia dengan 1.4b penduduk di 28 negeri and 8 wilayah kesatuan. Ia amat memerlukan pelaburan di dalam infrastruktur. Negara ini pantas menjadi lokasi pilihan untuk industri elektronik semasa syarikat-syarikat gergasi menempatkan sebahagian besar aktiviti perkilangan mereka di luar negara China. Memandangkan ekonominya yang berdaya maju, pembangunan hartanah dan perkilangan dijangka akan terus berkembang. KDNK: USD3.74t. S&P: BBB-
Populasi Sri Lanka seramai 22j orang mungkin sudah berkurangan beberapa bulan sebelum ini kerana kegawatan kewangan kerajaan. Namun negara ini kaya dengan sumber asli dan pusat pelancongan. Peluang pelaburan wujud di dalam infrastruktur, hartanah dan perkilangan, lebih-lebih lagi ketika nilai aset berada pada tahap terendah. KDNK: USD74b. S&P: SD (default).
Ramai daripada populasi 169j Bangladesh bekerja di luar negara kerana kekurangan peluang. Walaubagaimanapun, negara ini pantas menjadi sebuah kuasa besar IT. Penduduk yang berpendidikan mewujudkan keperluan untuk infrastruktur. Penjanaan tenaga elektrik, air, sanitasi, pengangkutan dan lebuhraya perlu dinaiktaraf. Projek hartanah mendapat sambutan hangat. KDNK: USD421b. S&P: BB-
Namibia mempunya jumlah penduduk kecil sebanyak 2.5j orang tetapi is negara yang agak maju. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah Jerman, ia menetapkan piawaian budaya yang tinggi di benua Afrika. Pelancongan ialah penjana ekonomi terkemuka dengan safari dan memburu menjadi tumpuan pelancong. Terdapat peluang terhad di dalam infrastrukture dan hartanah tetapi membawa masuk bahan-bahan pembinaan dari negara jiran sesuatu yang sukar. KDNK: USD13b. Fitch: BB-
Senegal mempunyai populasi kecik seramai 17j orang. Negara ini memerlukan pelaburan besar di dalam infrastruktur dan perumahan, selain daripada perkilangan untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduknya. KDNK: USD31b. S&P: B+
Turkiye mempunya 85j orang penduduk dengan 15j daripadanya tinggal di Istanbul, hab kewangan negara ini. Walaupun isu inflasi berterusan, negara ini didokong ekonomi yang utuh yang menjadi jambatan bagi Eropah Barat dan Asia Tengah. Ia mempunyai asa kuat dari segi pelaburan tempatan, lebih-lebih lagi di dalam bidang pertahanan. Pelaburan luar dialu-alukan di dalam infrastruktur dan perkilangan. KDNK: USD1.03t. S&P: B
Penduduk Sepanyol seramai 47j orang sangat moden dan bergaya, namun berpegang teguh kepada tradisi. Sektor peruncitannya yang aktif menggerakkan industri fesyen. Perniagaan perlulah lincah untuk mengambil kesempatan citarasa dan minat yang berubah-ubah. KDNK: USD1.49t. S&P: A
Sebagai seorang pakar kewangan Islam, Helmi telah mengetuai banyak transaksi kewangan Islam yang memenangi anugerah, di samping bekerja dengan syarikat-syarikat, bank-bank dan firm penasihat terkemuka yang bertapak di Malaysia dan di luar negara. Di antaranya, transaksinya telah menerima anugerah daripada Asian Banking & Finance, Alpha Southeast Asia, The Asset Triple A dan Islamic Finance News. Dia juga telah memainkan peranan penting di dalam memenangi penghargaan untuk pasukan termasuklah Firma Terbaik untuk Pinjaman dan Firma Terbaik untuk Bon Tempatan.

Asian Banking & Finance​

Anugerah tahunan perbankan korporate dan pelaburan diadakan di Singapura untuk meraikan firma kewangan Asia yang telah menyumbang kepada industri pada tahun sebelumnya

Alpha Southeast Asia​

Majalah berusia 17 tahun ini tertumpu kepada Asia Tenggara dan mengadakan anugerah tahunannya untuk firma kewangan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam

The Asset Triple A Awards​

Penerbit majalah Hong Kong ini menganjurkan acara untuk memupuk dialog di dalam isu penting industri contohnya kewangan Islam, kewangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, dan sidang kemuncak negara

Islamic Finance News​

Dengan pejabat di Dubai and Kuala Lumpur, kumpulan Redmoney menerbitkan berita harian dan mingguan melitupi pasaran kewangan Islam sedunia dengan tumpuan kepada perbankan Islam

Kewangan bukan sahaja karier yang lumayan. Ia juga memberikan pandangan mendalam kepada ekonomi. Anda mengetahui rahsia yang sensitif-pasaran kerana dekatnya anda kepada orang yang membuat keputusan ekonomi. Sewaktu orang lain bingung dan berdebat tentang kekurangan bekalan dan harga barangan, sebagai contoh, anda tahu dengan tepat mengapa perkara itu berlaku. Ini salah satu kepuasan yang lahir daripada mengetahui jawapan.

- Helmi AJ -

Helmi diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (PSMB) sebagai seorang pelatih yang membolehkannya menjalankan kursus boleh tuntut PSMB.
Program-program sebegini menawarkan cara yang efisien untuk syarikat menaikkan tahap produktiviti para pekerja.
Semenjak 2016, Helmi telah membantu ahli profesional di firma kewangan terkemuka di Malaysia dan luar negara, firma penasihat kewangan unggul, firma audit dan syarikat-syarikat besar memperolehi markah pendidikan profesional berterusan ataupun untuk mengasah kemahiran teknikal melalui kursus dalam talian dan di kelas.

Dengan lajunya kemajuan kecerdasan buatan, ahli kewangan perlulah sentiasa menambahbaik ilmu dan kemahiran. Jika anda terlepas pandang walau sekelip mata sahaja, persaingan sudahpun mengatasi anda. Pendidikan profesional berterusan tidak pernah menjadi pelaburan yang merugikan.

- Helmi AJ -

Helmi menawarkan pengalaman luas di dalam pembangunan projek dan perniagaan, nasihat kewangan dan pembiayaan. Perspektif yang unik ini menjadi dasar bagi kursus-kursusnya di dalam lima teras kewangan. Para peserta berupaya menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kerja masing-masing.

Model kewangan menggunakan Excel

Penyata aliran tunai, penyata untung rugi dan penyata imbangan + Akaun rizab + Nisbah liputan pembayaran kewangan + Dividen dan penilaian aliran tunai didiskaunkan + Jadual pembayaran pokok secara manual dan automatik

Kewangan Islam dan pasaran modal

Prinsip Shariah untuk kewangan Islam berasaskan jualan, sewa, ekuiti dan agensi + Teori ekonomi dan dasar kewangan + Pertukaran dan derivatif + Dokumentasi undang-undang

Pembiayaan projek dan perbankan perniagaan

Kaedah perolehan kerajaan + Struktur kontrak dan pihak berkait + Terma utama kontrak + Akaun ditetapkan + Penyelesaian pertikaian + Kitaran kewangan + Kelulusan kredit + Fasiliti pembiayaan

Penilaian di dalam pasaran modal

Psikologi di dalam membuat keputusan + Kaedah kos + Kaedah perbandingan + Kaedah pendapatan + Analisa asas + Analisa teknikal + Penilaian sukuk dan bon + Penilaian pertukaran

Pengubahan wang haram / pembiayaan keganasan

Undang-undang dan peraturan + Kesalahan predikat besar + Kaedah pengubahan wang haram yang biasa + Pengubahan wang haram secara perdagangan + Pengubahan wang haram melalui pasaran modal + Kaedah biasa pembiayaan keganasan

Saya tidak sabar bertemu anda di dalam program saya!

Telefon: +60193539093 | Emel: hubung@helmiaj.com